Saturday, 31 December 2011

Malam nih bergembiralah syaitan durjana..

Kerana....

Pekikan sorak di pentas-pentas konsert...
... Togokan arak tak kira bangsa agama..
pasangan 'kapel' berusung ke sana sini...
Pil khayal dan dadah pasti ada sekali..
Hotel dan motel confirm full house!
Entah berapa ramai gadis hilang maruahnya...
Mat rempit dan minah rempit mesti ramai ber'superman' di jalanan...
Entah berapa ramai mati katak dalam gelumangan dosa nikmat sementara...
Pasti juga banyak tersemainya benih anak hasil hubungan zina, 9 bulan nanti,tunggu dan lihat saja..
Pasti melata berita bayi luar nikah..

Bersorak semua syaitan..
bertepuk tangan syaitan...

Anak adam ramai yang mengikut jejak mereka...

Allahu Allah..
Betapa gerun hati ini memikirkan nasib umat ini..

Ya Allah...
Engkau lindungilah diriku,kaum kerabatku dari dosa dan maksiat..
Teguhkan iman kami...
sesungguhnya azab-Mu itu amatlah pedih...
Seorang jejaka melamar seorang perempuan..
Tapi hasratnya ditolak.. Cintanya bertepuk sebelah tangan..
Tapi dia x sedih... Dan kawannya b'tanya :

Knapa kamu tidak sedih??
... ... Jejaka t'sebut menjawab : "Mengapa patut aku bersedih??"

"Aku hanya kehilangan seorang perempuan yg x pernah m'cintai aku .."
"Sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yg benar2 mencintainya.."

Thursday, 1 December 2011

Wahai Hawa, Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa, Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.