Wednesday, 30 November 2011

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri) ”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu d...an berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani) ”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim) ”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar) ”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) ”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” (maksud hadith) ”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith) ”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith)

Tuesday, 29 November 2011

Saturday, 19 November 2011

himbauan desa: PANAS dan hujan: mati dan hidup semula

himbauan desa: PANAS dan hujan: mati dan hidup semula: SEPERTI biasa, bulan November dan Disember merupakan musim hujan. Jika hujan berlebihan, maka boleh berlaku banjir. Dalam al-Quran, Allah...

Wednesday, 2 November 2011

05 September 2011 Halawatul Imaan;) Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya, Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri. Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya? Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan, Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya, Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah, Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya? Masih terbukakah pintu-Nya untukku? Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya? Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang, Jika digugat, pastinya terkoyak, Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal, Bagaimana untukku pelihara harta ini? Agar terus terpelihara, Dari noda dan dosa yang menghancurinya, Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat, Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah, Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah, Kalah dengan permainan iblis terkutuk, Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla. Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,

Apabila ukhwah berbicara Manis pahit semuanya ada Berjauhan biarpun terpaksa Bila berjumpa Allah yang tahu jua Apabila ukhwah berbicara Sedih kalau ia retorik semua Tiada siapa yang memaksa Ketika berjumpa dan berpisah kerana Allah ta'ala Apabila ukhwah berbicara Bagai cahaya dalam gelap gempita Kita menyangka ia akan sentiasa di depan mata Setelah tiba masa ia akan pergi jua Apabila ukhwah berbicara Bertemu cinta sesama kita Semoga mendapat Arasy Allah di sana Tentu hingga akhirnya Apabila ukhwah berbicara Menjadi sahabat sejati pasti impiannya Ukhwah bukan lagi sekadar melepaskan batok di tangga Ia disulami jerih,penat dan juga usaha Apabila ukhwah berbicara Kita di sini sentiasa bersedia Untuk terus duduk dan bersama Sehingga kita bergembira hingga ke Syurga..

Saya percaya, akal yang rasional terletak pada hati yang bersih dan luhur. Keihklasan dalam melakukan setiap perkara, bertunjangkan niat 'Lillahi ta'ala" adalah kunci segalanya. Namun tipu helah syaitan terlalu licik menipu daya hati dan akal kita, yang lemah iman ini. Berhati-hatilah! Kerana kita akan dipertanggung jawabkan atas apa saja kata-kata, perbuatan, bisikan yang dilakukan di dunia ini. Apatah lagi menyakiti dan menzalimi orang lain, memutuskan persaudaraan, menyukarkan ikatan ukhuwwah dengan masalah yang remeh temeh. Subhanallah... jika di muhasabah "Adakah aku berdosa? Adakah amalanku diterima Allah? Adakah Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita terdahulu?" amat menakutkan..

Berzikirlah, mengajilah, membacalah, hati yang tawadduk adalah anugerah Allah.. tidak kiralah siapa kita, orang berilmu atau kurang ilmu, sesungguhnya ketenangan, hati yang lapang, adalah rezeki anugerah Allah, yang tidak semua orang boleh mengecapinya, andainya dia tidak cuba untuk mencarinya... andainya hatinya masih dibelenggu dengan rantaian buruk sangka dan iri hati, bersama siulan lunak sang syaitan yang direjam .. Na'uzubillah..