Tuesday, 27 March 2012

satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Allah SWT berfirman: “Aku sudah menyediakan buat hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas oleh hati seseorang...insya allah...
Saya pernah terfikir iaitu kaum Muslimin yang soleh ketika matinya akan disambut oleh bidadari di alam Mahsyar. Kalau kaum Muslimat, siapa yang menyambutnya?

Jawapan: Bidadari yang saudari maksudkan itu di dalam bahasa al-Quran disebut al-Hurul Ain, al-Hurul jamak daripada perkataan Haura’ ertinya perempuan yang putih, manakala al-Ain asalnya Uyun, jamak daripada Aina ertinya perempuan yang jeli matanya. Maka, al-Hurul ‘Ain atau bidadari itu adalah perempuan yang putih bersih warna kulitnya lagi indah dan jeli keadaan dua matanya.
Bidadari itu bukanlah daripada kalangan perempuan dunia dan bukanlah anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada menyatakan paling kurang daripada isteri seorang dalam syurga adalah dua orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara sebagai mana sesetengah hadis.
Bidadari itu tempatnya di syurga dan bukan di padang Mahsyar seperti firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 4 bermaksud: “Orang yang bertakwa itu berada pada tempat yang sejahtera. Di dalam taman syurga dan segala mata air. Mereka berpakaian sutera halus dan sutera tebal, yang mana mereka duduk berhadapan. Seperti demikianlah Kami sandingkan mereka itu dengan bidadari.”
Kembali kepada pertanyaan saudari, kalau bidadari itu bahagian orang lelaki dari Muslimin, maka bagaimana pula dengan kalangan perempuan? Subhanallah.
Wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati...:)

Monday, 26 March 2012

Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan. Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan, kita rasa bahagia bila dapat berkawan. Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan, menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan. Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati, yang memahami diri kita, selalu menasihatkan bila terlupa, sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita, susah dan senang bersama (^_^)

Sunday, 18 March 2012

Kesungguhan kita mendidik hati serta keluarga dalam aspek mempelajari dan membaca al-Quran akan menjadi suatu usaha jihad yang menjanjikan pahala di sisi Allah. Inilah rumah tangga yang berspektrumkan keharuman cahaya kerahmatan Allah. Baca dan renunglah dengan bersungguh peringatan Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda, Abu Dzar, katanya: “Wahai Abu Dzar, kamu pergi untuk mempelajari satu ayat al-Quran itu lebih baik daripada kamu solat seratus rakaat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)