Saturday, 31 December 2011
Seorang jejaka melamar seorang perempuan..
Tapi hasratnya ditolak.. Cintanya bertepuk sebelah tangan..
Tapi dia x sedih... Dan kawannya b'tanya :
Knapa kamu tidak sedih??
... ... Jejaka t'sebut menjawab : "Mengapa patut aku bersedih??"
"Aku hanya kehilangan seorang perempuan yg x pernah m'cintai aku .."
"Sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yg benar2 mencintainya.."
Thursday, 1 December 2011
Wahai Hawa, Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa, Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
Wednesday, 30 November 2011
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri) ”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu d...an berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani) ”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim) ”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar) ”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) ”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.” (maksud hadith) ”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith) ”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith)
Tuesday, 29 November 2011
~✿..Andai mahu SANG BIDADARI cantik, solehah, rajin, lemah lembut, penyayang, atau mungkin RAJA kuat pegangan agama, akhlak, budi pekerti juga kepimpinannya..jangan hanya dicari dan dicari tanpa MEMPERBAIKI DIRI..kerana mereka hanya LAYAK pada insan yang SEBAIK mereka..itu JANJI Ilahi..✿~ >>> Untuk mendapat yang TERBAIK, fikirkan dan ingatlah..BERSEDIAKAH kita untuk menjadi yang terbaik buat yang DIHARAPKAN? Bukannya merendahkan diri sendiri, tetapi INISIATIF bagaimana untuk menjadi terbaik..jadikanlah diri yang terbaik terlebih dahulu, InsyaAllah..yang terbaik pasti kita akan DAPAT kerana itu janji dariNya..(✿◠‿◠
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. At-Taubah : 111
Monday, 28 November 2011
Saturday, 19 November 2011
himbauan desa: PANAS dan hujan: mati dan hidup semula
himbauan desa: PANAS dan hujan: mati dan hidup semula: SEPERTI biasa, bulan November dan Disember merupakan musim hujan. Jika hujan berlebihan, maka boleh berlaku banjir. Dalam al-Quran, Allah...
Wednesday, 2 November 2011
05 September 2011 Halawatul Imaan;) Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya, Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri. Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya? Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan, Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya, Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah, Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya? Masih terbukakah pintu-Nya untukku? Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya? Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang, Jika digugat, pastinya terkoyak, Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal, Bagaimana untukku pelihara harta ini? Agar terus terpelihara, Dari noda dan dosa yang menghancurinya, Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat, Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah, Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah, Kalah dengan permainan iblis terkutuk, Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla. Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,
Apabila ukhwah berbicara Manis pahit semuanya ada Berjauhan biarpun terpaksa Bila berjumpa Allah yang tahu jua Apabila ukhwah berbicara Sedih kalau ia retorik semua Tiada siapa yang memaksa Ketika berjumpa dan berpisah kerana Allah ta'ala Apabila ukhwah berbicara Bagai cahaya dalam gelap gempita Kita menyangka ia akan sentiasa di depan mata Setelah tiba masa ia akan pergi jua Apabila ukhwah berbicara Bertemu cinta sesama kita Semoga mendapat Arasy Allah di sana Tentu hingga akhirnya Apabila ukhwah berbicara Menjadi sahabat sejati pasti impiannya Ukhwah bukan lagi sekadar melepaskan batok di tangga Ia disulami jerih,penat dan juga usaha Apabila ukhwah berbicara Kita di sini sentiasa bersedia Untuk terus duduk dan bersama Sehingga kita bergembira hingga ke Syurga..
Saya percaya, akal yang rasional terletak pada hati yang bersih dan luhur. Keihklasan dalam melakukan setiap perkara, bertunjangkan niat 'Lillahi ta'ala" adalah kunci segalanya. Namun tipu helah syaitan terlalu licik menipu daya hati dan akal kita, yang lemah iman ini. Berhati-hatilah! Kerana kita akan dipertanggung jawabkan atas apa saja kata-kata, perbuatan, bisikan yang dilakukan di dunia ini. Apatah lagi menyakiti dan menzalimi orang lain, memutuskan persaudaraan, menyukarkan ikatan ukhuwwah dengan masalah yang remeh temeh. Subhanallah... jika di muhasabah "Adakah aku berdosa? Adakah amalanku diterima Allah? Adakah Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita terdahulu?" amat menakutkan..
Berzikirlah, mengajilah, membacalah, hati yang tawadduk adalah anugerah Allah.. tidak kiralah siapa kita, orang berilmu atau kurang ilmu, sesungguhnya ketenangan, hati yang lapang, adalah rezeki anugerah Allah, yang tidak semua orang boleh mengecapinya, andainya dia tidak cuba untuk mencarinya... andainya hatinya masih dibelenggu dengan rantaian buruk sangka dan iri hati, bersama siulan lunak sang syaitan yang direjam .. Na'uzubillah..
Tuesday, 1 November 2011
Saturday, 29 October 2011
Aurat wanita adalah mahkota dan maruah baginya dalam kehidupan. Hakikat keindahan dan kecantikan diri bukan untuk didedahkan, kerana jika ia dipamerkan untuk dipandang seluruh insan, sudah pasti seperti barang jualan, ada nilaian harga yang boleh ditetapkan. Adakah anda ingin menjadi sebegitu disepanjang kehidupan? Renungkanlah. Sesuatu yang sangat bernilai dlm kehidupan, bukan semudah kelihatan dipandangan mata insan. Kerana itulah mutiara sangat bernilai kerana jauh didasar lautan, intan permata tertanam didalam perut bumi yg sangat dalam.
KECANTIKAN bukan untuk dikagumi, ia HANYA untuk seorang yang telah HALAL baginya.. (¯`✿ ia INDAH kerana tertutup.. (¯`✿ ia indah kerana TERJAGA.. (¯`✿ ia indah kerana tidak TERSINGKAP.. ... ... Akan tetap menjadi RAHSIA langit..itulah percikan SYURGA..cara terindah untuk menikmatinya adalah dengan MENIKAH.. Wahai wanita, bantu dirimu dengan MENUTUP auaratmu, sesempurna mungkin..atas nama CINTA, untuk keberkahan di masa depanmu kerana engkau memenangkan Allah di atas KEINGINAN hatimu..❤
Thursday, 27 October 2011
Prcayalh ngN janji yg Esa, setiap kebajikan yg kau usahakN, tempur p’juangan yg kau teruskN, amal & pengorbanan yg kau ikhlaskN, agama & iman yg kau p’tahankN, pasti d beriN ganjaran setimpal dgn apa yg tlh kau kerjakN.. Setiap kmuliaan yg kau laksana, pasti smua menyokong & mrestuinya.. TeruskN prjuangan dlm m’cari mkna sbnr khidupn.. Prjuangan d medan dkwah ini penuh b’liku, biar mengalir basah airmata,peluh & darah jgn sesekali dikau mengalah. Dugaan hadir silih b’ganti, kesabaran d uji b’kali2, jgn patah d tengah-tengah & b’lalu sepi sendiri..
Wednesday, 26 October 2011
~taqabalallahu minna wa minka~....jadikan ukhwah antara kita terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada penghujung....dibentuk utk mgingatinya, dicantum kerna cintaNYA, diratib semata2 kerna redhaNYA....menitis air mata tika merasai maninsnya ukhwah....semoga ukhwah ini kekal dan dirahmati ALLAH ♥♥♥ ♥ kullu 'am wa antum bi khair ♥
Tuesday, 25 October 2011
"Aku cinta kpd org2 soleh n solehah, Walaupun aku bukan dr kalangan mereka, Smoga dgn kasih ku kpd mereka, Aku akan mndapat syafaat mreka d akhirat kelak, Aku benci kpd mereka yg jadikan maksiat khidupannya, Walaupun aku & mrk sama, Dlm maksiat & dosa, Aku cinta pdMu Ya Allah, Mengakui keesaan & keagunganMu, Namun diriku tlalu keras utk mntaatimu, Ampunilah dosaku Ya Allah.. Engkau Maha Pengampun lg Maha Penyayang...AMIN..."
Tuesday, 11 October 2011
Sunday, 9 October 2011
“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah
“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah
“Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”
“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
“Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”
“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille
“Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”
“Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”
“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”
“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”
“Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”
“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”
“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
“Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
“Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.”
“Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”
“Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”
“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”
“Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.” ~ Wahab B. Munabin
“Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan.” ~ Andre Colin
“Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.” ~ Soekarno
“Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti” ~ Hukama
“Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya” ~ Confucius
“Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.” ~ Abraham Lincoln
“Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” ~ Albert Einstein
“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” ~ La Roche
“Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.”
“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.”
“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.”
“Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.” ~ Marcus Aurelius
“Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.” ~ Stahl P.J
“Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.”
“Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.”
“Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.”
“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”
“Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.” ~ Richard Brinsley Sheridan
“Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.” ~ Confucius
“Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.”
“Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”
“Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu.” ~ Pepatah Arab
“Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.” ~ Lao Tze
“Awal mula pohon ialah benih..”
“Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.”
“Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”
“Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
“Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.”
“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
“Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.”
“Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.”
“Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.”
“Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
“Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
“Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.”
“Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”
“Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”
“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”
“Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.”
“Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda.” ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
“Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.” ~ T.S Matthews
“Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.”
“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.”
“Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”
“Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.”
“Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.”
“Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.”
“Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.”
“Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.”
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.”
“Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.”
“Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.”
“Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya.” ~ Khong Hu Cu
“Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.”
“Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
“Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.”
“Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.”
“Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.”
“Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.”
“Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.”
“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik Marwan
“Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.” ~ Voltaire
“Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.”
“Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.”
“Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.”
“Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.”
“Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya.” ~ Voltaire
“Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.”
“Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.” ~ Anonim
“Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.” ~ Pepatah Arab
“Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.”
“Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.”
“Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.” ~ Napoleon Bonaparte
“Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.”
“Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.”
“Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.”
“Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.”
“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”
“Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.” ~ Samuel Johnson
“Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.”
“Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.”
“Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.”
“Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.” ~ Abdullah Mansur M.H
“Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.”
“Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.”
“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.”
“Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.”
“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..”
“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”
“Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.”
“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”
“Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.” ~ Whittier
“Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.”
“Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.”
“Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”
“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.”
“Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.” ~ Flower A. Newhouse
“Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.”
“Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”
“Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.”
“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”
“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”
“Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.”
“Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.”
“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..”
“Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.”
“Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.”
“Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.” ~ William J. Siegel
“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.”
“Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.”
“Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai..”
“Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.”
“Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.”
“Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.”
“Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.”
“Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.”
“Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.”
“Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.” ~ Horatius
“Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.” ~ Mognon Me Lauhlin
“Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain..”
“Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.” ~ Peribahasa Arab
“Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.”
“Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.” ~ Charles Cahier
“Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.”
“Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.” ~ Said Mustafa
“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi..”
“Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”
“Menyimpang seinci, rugi seribu batu.” ~ Peribahasa Cina
“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.”
“Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”
“Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.”
“Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.” ~ John Petitsenn
“Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.” ~ Joseph Conrad
“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.”
“Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.”
“Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.”
“Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.”
“Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.”
“Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.”
“Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.”
“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”
“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.”
“Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.”
“Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar.” ~ Barbara Hall
“Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang.” ~ Whitney W Young
“Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga.” ~ Dr. Mahathir Mohamad
“Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.” ~ Allen Tate
“Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.”
“Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan.”
“Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.”
“Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.”
“Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.”
“Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.”
“Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.”
“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”
“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”
“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”
“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”
“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”
“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”
“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”
“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”
“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”
“Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan……… “

Koleksi Madah Cinta 0diggsdigg Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna. Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri. Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui. Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati. Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita. Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan. Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa. Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap. Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain. Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.
Laman Perjuangan: TUJUH PETUNJUK KEBAHAGIAAN DUNIA
Laman Perjuangan: TUJUH PETUNJUK KEBAHAGIAAN DUNIA: Perkahwinan harmoni dikecapi menerusi kesungguhan pasangan tingkat ilmu rumah tangga PERKAHWINAN adalah satu ikatan suci antara dua insan be...
Subscribe to:
Posts (Atom)