Monday, 17 June 2013

Nu'man bin Basyir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda," Sesiapa yang tidak mensyukuri (nikmat) yang sedikit, pasti ia juga tidak akan mensyukuri (nikmat) yang banyak. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, pasti ia juga tidak berterima kasih (bersyukur) kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah itu termasuk ungkapan rasa syukur, sedangkan meninggalkannya adalah kufur. Berkumpul itu suatu rahmat,sedangkan menyendiri itu sebuah petaka."
(HR Ahmad)