Saya pernah terfikir iaitu kaum Muslimin yang soleh ketika matinya akan
disambut oleh bidadari di alam Mahsyar. Kalau kaum Muslimat, siapa yang
menyambutnya?
Jawapan: Bidadari yang saudari maksudkan itu di
dalam bahasa al-Quran disebut al-Hurul Ain, al-Hurul jamak daripada
perkataan Haura’ ertinya perempuan yang putih, manakala al-Ain asalnya
Uyun, jamak daripada Aina ertinya perempuan yang jeli matanya.
Maka, al-Hurul ‘Ain atau bidadari itu adalah perempuan yang putih
bersih warna kulitnya lagi indah dan jeli keadaan dua matanya.
Bidadari itu bukanlah daripada kalangan perempuan dunia dan bukanlah
anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada
menyatakan paling kurang daripada isteri seorang dalam syurga adalah dua
orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia
daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara
sebagai mana sesetengah hadis.
Bidadari itu tempatnya di syurga dan
bukan di padang Mahsyar seperti firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan
ayat 4 bermaksud: “Orang yang bertakwa itu berada pada tempat yang
sejahtera. Di dalam taman syurga dan segala mata air. Mereka berpakaian
sutera halus dan sutera tebal, yang mana mereka duduk berhadapan.
Seperti demikianlah Kami sandingkan mereka itu dengan bidadari.”
Kembali kepada pertanyaan saudari, kalau bidadari itu bahagian orang
lelaki dari Muslimin, maka bagaimana pula dengan kalangan perempuan?
Subhanallah.
Wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan
dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan
dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan
keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan
mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum
pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati...:)
No comments:
Post a Comment