Wednesday, 2 November 2011

Apabila ukhwah berbicara Manis pahit semuanya ada Berjauhan biarpun terpaksa Bila berjumpa Allah yang tahu jua Apabila ukhwah berbicara Sedih kalau ia retorik semua Tiada siapa yang memaksa Ketika berjumpa dan berpisah kerana Allah ta'ala Apabila ukhwah berbicara Bagai cahaya dalam gelap gempita Kita menyangka ia akan sentiasa di depan mata Setelah tiba masa ia akan pergi jua Apabila ukhwah berbicara Bertemu cinta sesama kita Semoga mendapat Arasy Allah di sana Tentu hingga akhirnya Apabila ukhwah berbicara Menjadi sahabat sejati pasti impiannya Ukhwah bukan lagi sekadar melepaskan batok di tangga Ia disulami jerih,penat dan juga usaha Apabila ukhwah berbicara Kita di sini sentiasa bersedia Untuk terus duduk dan bersama Sehingga kita bergembira hingga ke Syurga..

No comments:

Post a Comment